Olimpik Paris: Pearly Tan-Thinaah Ke Separuh Akhir, Kejutkan Juara All England
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke separuh akhir Sukan Olimpik 2024.

Pearly-Thinaah mengatasi cabaran beregu wanita nombor 10 dunia, Kim So-yeong dan Kong Hee-yong dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle.

Ad
Sponsors

Selepas mencipta kejutan ke atas beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di peringkat Kumpulan A, beregu negara dijangka ingin meneruskan kecemerlangan.

Ad

Meskipun begitu, So-yeong dan Hee-yong menjanjikan cabaran lebih sukar. Ini kerana regu Korea Selatan itu pernah menewaskan Pearly-Thinaah dalam saingan BWF World Tour Finals 2021.

So-yeong dan Hee-yong mengatasi cabaran beregu wanita negara dengan keputusan straight set 21-14, 21-14.

Ad

Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah mencipta kejutan dengan mendahului lawan pada kedudukan 7-0. Meskipun juara All England 2023 itu cuba mengejar, beregu negara sentiasa mempunyai jawapan terhadap setiap pukulan mereka.

Ad

Dan itu sudah cukup untuk Pearly-Thinaah mengungguli set pertama dengan keputusan 21-12.

Ad

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Pada satu ketika, kedua-dua beregu terikat pada kedudukan 8-8.

Walau bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan regu nombor dua Korea Selatan itu membuka ruang buat Pearly-Thinaah mendahului pada kedudukan 17-13. Kelebihan itu terus dipertahankan bagi membolehkan mereka meraih kemenangan dengan keputusan 21-13.

Pearly-Thinaah bakal berdepan sama ada Gabriela dan Stefani Stoeva dari Bulgaria atau wakil China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di peringkat separuh akhir.