Olimpik Paris: Tangan Emas Lee Zii Jia Bawa Langkah Ke Pusingan 16
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menjuarai Kumpulan G Sukan Olimpik 2024 apabila menewaskan wakil Sepanyol, Pablo Abian.

Selepas menewaskan wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe pada 28 Julai lalu, bekas juara All England 2021 itu hanya perlu menang ke atas Abian untuk layak ke pusingan seterusnya.

Ad

Meskipun berstatus pemain ke-63 dunia, pemain Sepanyol berusia 39 tahun itu bersedia memberi tentangan sengit kepada Zii Jia. Ini dibuktikan dalam pertemuan terakhir mereka dalam saingan Hylo Open 2021.

Ad

Abian mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum tewas kepada Zii Jia dengan keputusan 21-11, 21-23, 24-22.

Set pertama menyaksikan pada awalnya, pemain Sepanyol itu mendahului pada kedudukan 6-3. Juara Thailand Open 2024 itu berjaya mengejar sebelum mendahului pada kedudukan 11-9.

Ad

Zii Jia kekal dominan untuk baki set pertama sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-10.

Ad

Set kedua menyaksikan Abian berusaha untuk bangkit dan menyaingi cabaran finalis Malaysia Masters 2024 itu. Pemain Sepanyol itu berusaha memberi saingan dengan mendahului pada kedudukan 11-10.

Ad

Zii Jia yang juga pemain nombor tujuh dunia berjaya mengejar sebelum mengungguli set kedua dengan keputusan 21-13.

Juara Australian Open 2024 itu berpotensi berdepan juara Kumpulan H di pusingan 16 pemain terbaik. Penentuan juara kumpulan bakal ditentukan menerusi pertarungan antara Anthony Sinisuka Ginting dan Toma Popov untuk aksi terakhir Kumpulan H.