Ads
Olimpik Paris: Lee Zii Jia Langkah Kanan, Tundukkan Viren Nettasinghe
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia membuka kempen di temasya Olimpik Paris dengan penuh bergaya setelah mencatatkan kemenangan ke atas wakil Sri Lanka, Viren Nettasinghe.

Advertisements

Diundi di dalam kumpulan G, Zii Jia dijadualkan menentang Nettasinghe pada aksi pertama sebelum turun berdepan Pablo Abian dari Sepanyol pada aksi kedua kumpulan pada Isnin.

Advertisements

Pertemuan pertama membabitkan Zii Jia dan Nettasinghe ini dianggap penting untuk memastikan peluang pemain negara ini mara ke pusingan kalah mati kerana hanya juara kumpulan sahaja yang layak.

Advertisements
Advertisements

Di set pertama, Zii Jia tampil penuh bertenaga dan tidak memberi sebarang peluang buat lawan dengan beberapa pukulan kilas untuk mendahului 8-3 di awal permainan.

Setelah interval, wakil negara itu terus melebarkan jurang kedudukan dengan kelebihan 7 mata di depan Nettasinghe sebelum menutup aksi dengan keputusan 21-14.

Advertisements

Bersambung di set ke-2, Nettasinghe merencana pelan untuk bangkit dengan melakukan serangan yang gagal dibalas Zii Jia untuk pemain Sri Lanka itu mendahului 7-4 pada suatu ketika.

Meskipun ketinggalan, jaguh kelahiran Kedah ini tampil lebih tenang untuk mengawal keadaan sehingga berjaya memintas mata Nettasinghe dan memenangi set kedua dengan keputusan 21-12.

Aksi di gelanggang 3 menyaksikan kemenangan diraih oleh Lee Zii Jia mengatasi Viren Nettasinghe dengan keputusan 21-14, 21-12.

Advertisements

Aksi kumpulan bersambung pada Isnin yang menyaksikan Zii Jia bakal berhadapan pemain di ranking ke-63 dunia dari Sepanyol, Pablo Abian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram