Ads
Oman Buat Chinese Taipei ‘Menangis’ Tak Terkata Di Laman Sendiri
Asia
Oman FA

Oman telah mengharungi saat indah untuk menundukkan Chinese Taipei dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Skuad kendalian Jaroslav Silhavy turun dengan kesebelasan terbaik sambil jentera serangan diketuai oleh Omar Al-Malki, Issam Al-Subhi dan juga Zaher Al-Aghbari.

Advertisements

Perjalanan perlawanan bagaimanapun terbantut susulan cuaca buruk di laman Chinese Taipei.

Advertisements
Advertisements

Aksi babak pertama banyak disia-siakan oleh tuan rumah dengan percubaan tepat hanya singgah di palang gol.

Oman memanfaatkan situasi ini apabila Abdul Rahman berjaya meletakkan pasukan 1-0 sebelum babak pertama tamat hasil sepakan penjuru.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Oman menggandakan usaha untuk mencari gol kedua pasukan dengan serangan bertali arus daripada sisi kiri dan kanan.

Usaha itu membuahkan hasil apabila Abdul Rahman sekali lagi melepaskan rembatan kencang menewaskan Pan Wen-chieh pada minit ke-55.

Pemain gantian, Jamel Al-Yahmadi menambah derita tuan rumah menerusi gol ketiga cantik pada minit ke-75 untuk menutup peluang anak didik Gary White.

Oman kini mendahului carta kumpulan dengan 12 mata manakala Chinese Taipei tanpa sebarang mata.

Advertisements

Aksi berikutnya bakal menemukan Oman dan Kyrgyzstan manakala Malaysia melayan kunjungan Chinese Taipei pada 11 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram