Asia
Oman FA
Advertisements

Aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara pasukan Oman dan China berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Oman.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di gelanggang China itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Anak didik Branko Ivankovic menurunkan barisan bintang seperti Arshsd Al-Alawi, Abdullah Fawwaz dan juga lain-lain.

Advertisements

China yang menghuni tangga ke-79 dunia memberi tentangan sengit seawal minit pertama permainan untuk mencari gol awal.

Ketenangan barisan pertahanan Oman untuk mengawal keadaan telah memberikan kesukaran kepada jentera serangan China untuk melakukan serangan.

Advertisements

Aksi anak buah Aleksandar Jankovic menjadi tumpuan selepas tidak menurunkan barisan pemain naturalisasi memastikan aksi pertama tamat 0-0.

Bersambung babak kedua, Oman memulakan gerak awal dan memperoleh jaringan menerusi percubaan bintang sensasi, Arshad Al-Alawi pada minit ke-49.

Gol itu menjadi suntikan motivasi buat pasukan ke-74 dunia itu apabila menambah jaringan hasil ledakan Muhsen Al-Ghassani pada minit ke-65.

Cubaan China untuk bangkit tertutup dengan kecemerlangan pertahanan Oman mengawal keadaan.

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada Oman dengan jaringan 2-0.

Oman akan bertemu Arab Saudi bagi aksi pertama Piala Asia sementara China menghadapi cabaran lawan Malaysia di Pestabola Merdeka, Tajikistan tidak lama lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram