Oman ‘Tunggu’ Skuad Muda Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Oman kini menanti cabaran skuad muda Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido berdepan misi getir apabila bakal melayan cabaran beberapa negara besar Kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Malaysia B-19 diundi dalam Kumpulan E bersama Tajikistan, Oman, Sri Lanka dan DPR Korea sekaligus menghadirkan cabaran luar biasa pada kempen kali ini.

Berdasarkan jadual perlawanan yang telah dikeluarkan, ujian pertama skuad muda negara adalah berdepan Oman pada 21 September sebelum menghadapi tentangan Korea Utara pada 23 September.

Baki dua perlawanan menyaksikan Malaysia B-19 akan menentang Tajikistan pada 27 sebelum Sri Lanka pada 29 September 2024.

Oman memiliki reputasi hebat selepas beraksi di Piala Asia B-20 tahun 2023 namun terkandas pada peringkat kumpulan.

Sebelum ini, Juan Torres bakal membawa anak buahnya mengharungi Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia pada 17 hingga 29 Julai 2024.

Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama Thailand, Singapura dan Brunei dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Kelayakan Piala Asia B-20 2025 akan berlansgung di Tajikistan bermula pada 21 hingga 29 September 2024.