Advertisements
Ong Kim Swee: Pemain Tak Salah
Harimau Malaya
MakanBola
Sabah FC

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee yakin pemain tidak akan dipersalahkan sementara jurulatih perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap prestasi pasukan.

Advertisement

Pengendali berusia 51 tahun itu berkongsikan pandangannya terhadap persembahan skuad negara ketika ini di Piala Asia selepas tewas dua aksi awal berdepan Jordan dan Bahrain.

Kritikan oleh peminat rata-rata tertumpu kepada barisan pemain yang dipertaruhkan dalam kesebelasan utama dengan munculnya watak baharu, Romel Morales yang terus menembusi kesebelasan utama.

Advertisement

Menurutnya, jurulatiu mempunyai hak untuk menurunkan barisan pilihannya namun segala percaturan dan risiko bakal berbalik kepada individu tersebut.

“Seperti yang dikatakan, pemain yang sering diturunkan dalam kesebelasa utama skuad kebangsaan tetapi kali ini tidak diturunkan, bagi saya jurulatih mempunyai hak untuk menentukan siapa yang bakal diturunkan.”

Advertisement

“Akan tetapi, pada akhirnya pemain tidak bersalah dan jurulatih akan bertanggungjawab.”

Advertisement

Namun begitu, sungguhpun mengambil kira faktor kualiti pemain, Kim Swee yakin persefahaman menjadi kunci penting buat sesebuah pasukan menampilkan aksi terbaik.

“Baik macam mana sekalipun kualiti pemain, mereka memerlukan persefahaman dalam latihan, dalam padang dan luar padang. Meletakkan seseorang sebagai bidang terjun akan mewujudkan suasana tidak positif dan akan membebankan pemain tersebut,” ujarnya kepada Astro Arena.

Advertisement

Antara yang disebut oleh Kim Swee sebelum ini adalah bebanan yang ditanggung oleh perancang tengah, Stuart Wilkin yang menyebabkan pasukan negara tidsk dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki oleh pemain ini.

Malaysia dan Korea Selatan akan bertemu sesama sendiri pada 25 Januari 2024 dalam satu aksi akhir kumpulan dengan hasrat Harimau Malaya untuk melangkah sudah pun tertutup.