AFC Asian Cup: Ong Kim Swee Risau Hilang Kepakaran Stuart Wilkin
Harimau Malaya
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee risau akan perjalanan perancang tengah negara, Stuart Wilkin bersama skuad kebangsaan.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengemudi jentera tengah berdepan Jordan dan juga Bahrain sungguhpun tewas kedua-dua aksi.

Beliau bagaimanapun memerhatikan peranan yang dibawa oleh pemain tersebut namun yakin Malaysia ketandusan seorang watak nombor 10 di hadapan.

Advertisements

“Ya, Stuart (Wilkin) seorang pemain serba boleh. Tapi kita kena faham di sini ya, bahagian tengah atau nadi semua pasukan di bahagian tengah, kita memerlukan seorang pemain yang boleh memberi impak semasa menyerang.”

“Contohnya, hantaran-hantaran yang berbahaya kepada penyerang-penyerang. Pada masa yang sama, kita memerlukan pemain yang boleh mengawal keadaan, memenangi situasi satu lawan satu, sentiasa membantu bahagian pertahanan atau bahagian serangan.”

Advertisements

Kim Swee merasakan bahawa Stuart memiliki lebih kepakaran untuk membantu jentera serangan menerusi kelebihan yang beliau miliki.

“Jadi, kalau kita hanya memikirkan seorang pemain, maknanya kita akan kehilangan kepakaran Stuart. Jika Stuart harus melakukan semua perkara, maka kelebihan itu yang ada pada beliau akan berkurangan.”

Advertisements

“Jika kita ada seorang pemain tengah yang memiliki kombinasi (kemahiran) antara mereka, ini bermakna Stuart Wilkin akan memberi fokus kepada kepakaran beliau daripada segi serangan. Stuart memiliki kepakaran contohnya sepakan daripada jarak yang jauh bukan saja dengan kaki sebelah kiri tetapi juga kaki sebelah kanan,” ujarnya kepada Astro Arena.

Beliau juga tidak mahu impak pemain tersebut berkurang kerana dibebani tugas yang amat banyak di atas padang.

Advertisements

“Tetapi kita juga harus seimbang di mana kita tidak mahu Stuart Wilkin rasa penat dan terbeban untuk melakukan tugas dengan lebih baik.”

Malaysia akan mengharungi aksi terakhir kumpulan berdepan Korea Selatan pada 25 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram