Ong Kim Swee: Perbuatan Tak Boleh Diterima & Melanggar Etika Jurulatih
FAM
Sabah FC
Advertisements

Masalah yang pernah melanda Liga Malaysia mengenai penggunaan ‘jurulatih boneka’ kembali menjadi bualan dan kerisauan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Dato’ Ong Kim Swee.

Perkara yang pernah dibangkitkan oleh bekas Presiden PJBM, mendiang Dato ‘ B. Sathianathan ini kembali menjadi kerisauan tatkala tampuk pimpinan baharu mula mengambil alih.

“Kami menerima laporan untuk musim depan, bukan hanya AFL tetapi juga Liga Super.”

Advertisements

“Kami mendapat berita mengenai seorang jurulatih yang tidak mempunyai lesen Pro mengendalikan pasukan dan mengundang beberapa pemegang lesen Pro tempatan untuk menjadi boneka mereka,” jelas Sathia sebelum ini.

Kini, menerusi perkongsian kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau melihat masalah ini dilihat menjadi perhatian jurulatih Sabah FC itu sambil meminta agar mana-mana jurulatih menjaga etika sebagai seorang jurulatih.

Advertisements

“Kita ada isu kerana terdapat jurulatih yang meminjamkan lesen mereka kepada jurulatih yang lain. Kita tidak boleh menerima dan melanggar etika sebagai seorang jurulatih.”

Kim Swee juga mengingatkan jurulatih yang terlibat dalam perkara ini tidak mengeruhkan lagi keadaan dan menyusahkan banyak pihak yang terlibat.

Advertisements

“Saya harap agar mana-mana jurulatih yang terlibat dalam perkara ini tidak melakukannya lagi kerana FAM dan MFL telah menetapkan kriteria bagi jurulatih,” jelasnya kepada Astro Arena.

Berdasarkan peraturan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), lesen Pro A (Pro-Diploma AFC) adalah diwajibkan bagi mana-mana individu yang mahu berkhidmat sebagai ketua jurulatih di peringkat teratas Liga Super.

Advertisements

Bagi saingan liga kelas bawah, hanya jurulatih tempatan dibenarkan melatih seperti Liga M3, yang terletak di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram