B. Sathianathan Berang Pasukan Guna Jurulatih Boneka
Dunia
SaddamYusoff
Advertisements

Bekas jurulatih pasukan Sarawak United, B. Sathianathan mengesahkan terdapat beberapa pasukan yang cuba melantik ‘jurulatih boneka’ bagi saingan musim hadapan.

Tindakan ini digambarkan bahaqa ada pihak yang menyewakan lesen mereka kepada pihak ketiga sekaligus bakal merosakkan industri bola sepak negara.

Sathia yang juga merupakan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) telah mengenal pasti satu pasukan daripada Liga Super dan dua lagi yang beraksi untuk Liga M3 yang terlibat dengan skandal ini.

Advertisements

“Kami menerima laporan untuk musim depan, bukan hanya AFL tetapi juga Liga Super. “

“Kami mendapat berita mengenai seorang jurulatih yang tidak mempunyai lesen Pro mengendalikan pasukan dan mengundang beberapa pemegang lesen Pro tempatan untuk menjadi boneka mereka.”

“Dalam M3, baru-baru ini kami mendengar bahawa mereka (pasukan) melantik jurulatih asing tetapi memerlukan jurulatih tempatan untuk menjadi boneka, manakala kerja-kerja dilakukan oleh jurulatih asing,” katanya pada Kongres Tahunan PJBM di sini hari ini.”

Advertisements

Berdasarkan peraturan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), lesen Pro A (Pro-Diploma AFC) adalah diwajibkan bagi mana-mana individu yang mahu berkhidmat sebagai ketua jurulatih di peringkat teratas Liga Super.

Bagi saingan liga kelas bawah, hanya jurulatih tempatan dibenarkan melatih seperti Liga M3, yang terletak di bawah bidang kuasa Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram