Transfer
FC Seoul
Advertisements

Hajat peminat bola sepak negara melihat Osmar Barba beraksi di Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan tidak kesampaian.

Advertisements

Ini kerana legenda FC Seoul itu bakal mewarnai saingan K-League 2 pada musim 2024.

Sports Chosun melaporkan kelab K-League 2 yang berpangkalan di Seoul, Seoul E-Land semakin hampir untuk memuktamadkan perpindahan tersebut.

Advertisements

Barba ketika ini sedang bercuti selepas tamat musim K-League 1 bersama FC Seoul. Beliau dilaporkan bakal kembali ke Korea Selatan pada awal bulan hadapan untuk memeterai perjanjian tersebut.

Barba bukan asing dalam kalangan peminat K-League 1. Beraksi di FC Seoul selama sembilan musim kecuali bila dipinjamkan ke Cerezo Osaka pada 2018, beliau telah merekodkan 344 penampilan, 25 gol dan 13 bantuan gol.

Advertisements

Bilangan penampilan yang dicipta Barba menjadikannya pemain asing paling banyak membuat penampilan dalam saingan K-League.

Musim 2023 merupakan musim terakhirnya bersama FC Seoul dan beliau meninggalkan kelab sebagai ejen bebas.

Sebelum ini, Barba dilaporkan bakal berpindah ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Bagaimanapun, khabar angin tersebut dinafikan oleh pengurus pasukan Joe Rozi.

Ini membuka ruang kepada E-Land untuk mengadakan perbincangan dengan kem beliau termasuk aspirasi mereka untuk K-League 2 musim depan.

Sekiranya perpindahan ini berjaya dimuktamadkan, Barba bakal memperkuat barisan pertahanan E-Land yang dibolosi 54 kali untuk musim 2023.

E-Land dilaporkan mahu layak ke K-League 1 pada musim depan selepas menamatkan musim 2023 di tangga ke-11 K-League 2.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram