Advertisement
Padang Baru Stadium Rajamangala Menanti Thailand & Singapura
Asia Tenggara
MakanBola
Punta Turf Care

Thailand dan Singapura berpeluang memperagakan aksi bola sepak berkualiti menjelang aksi terakhir Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 esok.

Ini kerana padang rumput baru telah dipasang di stadium keramat pasukan yang diberi jolokan Gajah Perang itu, Stadium Rajamangala.

Menurut kontraktor yang bertanggungjawab menyelia proses pemasangan padang, Punta Turf Care, kini yang tinggal ialah kerja-kerja merapikan rumput agar ia berada pada tahap terbaik.

Sebaik imej terbaru padang Stadium Rajamangala dimuat naik di platform media sosial rasmi Punta Turf Care, ramai peminat bola sepak Thailand gembira dengan hasil kerja kontraktor tersebut.

Salah seorang daripadanya ialah seorang penyokong bernama Kiattipoom Huadsri. Dia merasa teruja kerana dapat menonton aksi berkualiti di atas padang Stadium Rajamangala yang cantik itu sekali lagi.

“Saya dapat menonton bola sepak di padang yang indah sekali lagi. Hebat betul,” katanya di ruang komen Facebook Punta Turf Care.

Turut senada dengan Kiattipoom ialah seorang lagi penyokong bernama Sathaporn Songkwamdee. Dia menyifatkan dengan kualiti padang sebegini, ini akan memberi kelebihan kepada Thailand.

“(Padangnya) sangat baik. Thailand (lagi bersemangat untuk) berlawan,” ujarnya di ruang komen.

Ini bukan kali pertama padang Stadium Rajamangala ditukar untuk aksi penting membabitkan skuad Thailand. Pada Mac lepas, Punta Turf Care turut menyelia pemasangan padang baru stadium berkenaan.

Ini bagi membolehkan bintang Korea Selatan, Son Heung-min memiliki kenangan manis bila beraksi di Thailand. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 3-0 Korea Selatan ke atas tuan rumah.

Skuad Gajah Perang mengharapkan kualiti padang baru ini dapat membantu mereka meraih kemenangan ke atas The Lions esok.