Padang ‘Tip Top’, Aksi Malaysia & Oman Kekal Di SNBJ
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman akan kekal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa aksi Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia menentang Oman akan kekal berlangsung di Bukit Jalil.

Perlawanan itu akan berjalan pada hari Selasa, 26 Mac 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 10.00 malam.

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Dato’ Hans Isaac bersama-sama ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon.

Hal ini berikutan lawan barisan kejurulatihannya bagi meninjau keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis, 7 Mac 2024.

Advertisements

Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Mohd Ayub yang juga Ahli Lembaga Pengarah PSM, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi serta pihak konsultan teknikal serta kontraktor padang tersebut turut serta dalam lawatan ini.

Hasil pemeriksaan dan penilaian pada lawatan tersebut telah mendapati bahawa persediaan padang menjelang perlawanan pada 26 Mac ini adalah mengikut jadual dan kondisi rumputnya dijamin akan berada pada tahap yang terbaik untuk aksi menentang Oman itu nanti.

Advertisements

Harimau Malaya akan memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM, hari ini bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum terbang pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM telah melantik pakar iaitu Labosport untuk menjadi kondisi padang SNBJ.

Advertisements

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melibatkan Labosport dalam mempersiapkan padang SNBJ bagi konsert Ed Sheeran yang akan diadakan pada 24 Februari ini dan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac akan datang.”

“Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1900m2 bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran. Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan insentif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum,” jelas  pihak PSM menerusi satu siaran media.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram