PSM Guna Tenaga Pakar Jaga Padang SNBJ
Malaysia
FA Malaysia
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) melalui siaran media hari ini mengesahkan bahawa telah menggunakan tenaga pakar iaitu Labosport untuk menjaga keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini kerana, SNBJ dijadikan venue untuk konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran yang dijadualkan berlangsung pada hari ini (24 Februari).

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melibatkan Labosport dalam mempersiapkan padang SNBJ bagi konsert Ed Sheeran yang akan diadakan pada 24 Februari ini dan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman pada 26 Mac akan datang.

Advertisements

“Sebagai langkah awal, PSM telah memindahkan rumput seluas 1900m2 bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran. Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan insentif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum,” jelas pihak PSM menerusi satu siaran media.

Dalam pada itu, PSM memberikan jaminan bahawa segala peralatan konsert akan dialihkan usai tamat konsert dengan kerja-kerja di padang akan bermula segera selepas selesai konsert tersebut.

“PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu. Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2000m2 untuk menampung keperluan padang SNBJ.

Advertisements

“Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu,” jelas pihak PSM lagi.

Sebelum ini, telah tular foto yang memaparkan pentas konsert Ed Sheeran yang didirikan di bahagian tengah padang SNBJ.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama SNBJ menjadi venue untuk konsert artis antarabangsa. Sebelum ini, SNBJ pernah menjadi venue untuk beberapa artis terkenal seperti Coldplay yang diadakan 22 November tahun lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram