Asia
Team Talk
Advertisements

Kelab gergasi Australia, Central Coast Mariners membuat pengumuman mengenai kedatangan bekas penganalisis Leeds United, Andres Clavijo selaku kakitangan kejurulatihan kelab bagi menghadapi saingan Piala AFC yang melibatkan pertembungan dengan Terengganu FC.

Advertisements

Individu kelahiran Colombia telah menghabiskan tempoh yang cukup lama di England, berpindah ke Australia untuk memainkan peranan pertamanya di luar Eropah.

Kedatangan beliau ke Asia adalah untuk menjadi penganalisis dan pembantu jurulatih untuk Mariners.

Advertisements

Clavijo sememangnya dikenali oleh peminat Liga Perdana Inggeris kerana tugasnya selama beberapa musim bersama Leeds United.

Beliau menyertai kelab itu sebagai penganalisis pasukan utama Leeds di samping menjadi penterjemah bagi ketua jurulatih, Marcelo Bielsa untuk semua tampil di media.

Advertisements

“Saya sangat teruja untuk berada di Central Coast. Ia kelihatan seperti tempat yang menakjubkan untuk bekerja, dan saya tidak sabar untuk bermula dengan Monty, Sergio dan semua staf,” kata Clavijo.

“Selepas kejayaan yang telah dicapai oleh kelab sejak dua musim lalu, saya mempunyai hubungan dengan Monty, jadi kami bercakap.”

“Saya memberitahunya bahawa saya mahu datang ke sini dan membantu kelab lebih maju dan membantu meneruskan kejayaan. Itulah sebabnya saya berada di sini dan saya tidak sabar untuk menyumbang.”

Clavijo menghabiskan empat tahun bersama Leeds mencapai promosi ke Liga Perdana pada musim 2019/20.

Kempen berikut dalam saingan teratas amat berjaya untuk pasukan Inggeris Utara, menduduki tempat kesembilan dengan 59 mata.

Saingan Piala AFC akan bermula tidak lama lagi dengan Terengganu bakal melayan kunjungan Central Coast Mariners pada 20 September 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram