Palestin Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?
Harimau Malaya
PBMY1957
Advertisements

Pasukan yang beraksi di Pestabola Merdeka, Palestin berisiko besar untuk menarik diri pada saat akhir kejohanan itu bakal berlangsung.

Perkhabaran mengejutkan ini susulan keadaan terkini di sana apabila berlakunya pertumpahan darah antara Palestin dan juga rejim Zionis Israel yang meragut ribuan nyawa.

Keadaan ini telah menjejaskan seluruh tanah Arab tersebut sekaligus menyebabkan pasukan itu berisiko untuk menarik diri daripada Pestabola Merdeka.

Advertisements

Perkara ini dikongsikan oleh salah sebuah laman Football Palestine yang memaklumkan keadaan terkini di sana.

“PFA telah mengumumkan bahawa semua perlawanan WBPL dan Liga Gaza tidak akan dimainkan minggu ini memandangkan keadaan yang semakin buruk di lapangan.”

Advertisements

Keadaan ini diburukkan apabila lapangan terbang di sana sudah pun ditutup sekaligus memberikan tamparan hebat buat pasukan kebangsaan Palestin untuk datang ke Malaysia.

“Perlawanan persahabatan Palestin dalam Pestabola Merdeka juga mungkin terancam. Semua lintasan sempadan dan Lapangan Terbang Lod ditutup,” ujar laman tersebut.

Advertisements

India akan memulakan aksi Pestabola Merdeka dengan perlawanan menentang tuan rumah, Malaysia pada 13 Oktober ini.

Satu lagi aksi akan menemukan Palestin dan Tajikistan pada sebelah petang di SNBJ.

Advertisements

Pemenang bagi kedua-dua aksi ini akan mara ke pentas akhir manakala pasukan yang tewas akan melalui perlawanan penentuan tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram