Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan mengesahkan sebanyak enam negara telah menunjukkan minat untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.
Namun begitu, beliau berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu iaitu Kim Pan-gon sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Sungguhpun senarai negara tersebut tidak didedahkan, namun sudah pastinya perlawanan yang dirancang akan diadakan pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan.
‘FAM akan umumkan semuanya pasal perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim (Pan Gon) nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara tetapi tidak boleh mengulas lanjut.’
‘FAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak (daripada kesemua pelawaan),’ katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madam Pang telah pun mengumumkan bahawa pasukannya sedang merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia. Namun begitu,
Jendela perlawanan antarabangsa FIFA bermula dari 21 hingga 29 Mac ini merupakan jendela terakhir sebelum pasukan negara bakal menghadapi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun.