Thailand Tak Sabar Uji Skuad Kim Pan-gon
Dunia
FA Thailand
Advertisements

Pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand mahu menguji kekuatan pasukan negara setelah melantik pengendali baharu, Kim Pan-gon selaku ketua jurulatih baharu.

Menerusi satu kenyataan oleh pengurus pasukan kebangsaan Thailand, Madam pang telah memberitahu bahawa pasukan Gajah Perang itu sudah pun merencanakan dua aksi persahabatan buat pasukan itu.

Ia juga bakal melibatkan pertembungan antara pasukan kendalian Mano Polking menentang pasukan Harimau Malaya dan satu lagi perlawanan menentang Kyrgyzstan yang dijadualkan berlangsung pada Mac.

Advertisements

Thailand sudah pastinya masih segar dengan kejayaan di pentas Piala AFF Suzuki kali ini apabila berjaya menampilkan aksi yang cukup luar biasa sebelum berjaya membenam cabaran Indonesia di pentas akhir.

Bukan itu sahaja, persembahan pemain tunjang pasukan, Chanatip Songkrasin sudah pasti bakal mnjadi mimpi ngeri buat pasukan negara sekiranya menentang pasukan tersebut.

Malaysia juga sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini setelah tampil dengan aksi yang sangat mengecewakan sebelum akur untuk pulang awal dalam kempen kali ini.

Advertisements

Pasukan negara ketika ini sedang melakukan perubahan berskala besar terutamanya dalam barisan kejurulatihan dengan membawa Pan-gon yang hadir dengan 4 orang pembantunya selain seorang lagi jurulatih tempatan yang bakal menggalas tanggungjawab besar untuk memulihkan reputasi pasukan kebangsaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram