Park Hang-seo Mahu Halang Theerathon
Dunia
baogiaothong
Advertisements

Menjelang aksi final kedua Piala AFF 2022 Thailand-Vietnam malam ini, jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melihat kapten skuad Gajah Perang, Theerathon Bunmathan sebagai ancaman besar kepada pasukannya.

Kerisauan jurulatih berasal dari Korea Selatan itu ada asasnya. Ini kerana dari segi bantuan gol kejohanan, Theerathon mendahului dengan enam bantuan gol.

Selain itu, bekas bek kiri Yokohama F. Marinos itu juga banyak membantu merencana gerakan serangan anak-anak buah Mano Polking. Atas sebab itu, Hang-seo melihat Theerathon dihalang sekiranya mahu Vietnam bergelar juara malam ini.

Advertisements

“Sesetengah orang risau selepas perlawanan pertama kerana Vietnam tidak mempunyai kelebihan. Tetapi kami datang untuk menang. Kami akan cuba melakukannya demi para penyokong kamu.

“Kami banyak kali bermain menentang Thailand. Pada 2018, saya menang. Saya selalu percaya bahawa kami boleh mengalahkan Thailand.

“Dan seperti saya katakan sebelum ini, tidak kira sama ada perlawanan pertama atau perlawanan terakhir, saya sentiasa berdedikasi melakukan persiapan yang sama,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Thailand-Vietnam semalam.

Advertisements

“Jelas sekali, ancaman pasukan Thailand datang daripada pemain No. 3 (Theerathon Bunmathan). Dia merupakan tonggak utama untuk pasukan kebangsaan Thailand.

“Pada babak pertama, barisan tengah kami berjaya menyekatnya tetapi pada babak kedua, terdapat beberapa kesilapan. Tapi dalam perlawanan ini, kami mempunyai rancangan untuk menangani Theerathon.

“Saya tak fikir Polking mahu bermain untuk mendapatkan keputusan seri. Mereka tidak mahu mendapatkan keputusan seri kepada para penyokong dan menang dengan peraturan gol tempat lawan.

Advertisements

“Saya tak faham kenapa Thailand gunakan tiga bek tengah dalam perlawanan pertama. Mungkin keranan tekanan beraksi di gelanggang lawan. Mungkin kerana Vietnam, mereka telah mengubah (rancangan taktikal) mereka.

“Harapnya, di gelanggang mereka (Stadium Thammasat), mereka gunakan empat pemain pertahanan seperti perlawanan lepas. Jika Thailand mahu menyerang, kami juga mahu menyerang,” tambahnya.

Perlawanan malam ini juga merupakan perlawanan terakhir Hang-seo bersama skuad Naga Emas susulan keputusannya untuk tidak memperbaharui kontrak dengan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Advertisements

Hang-seo menghargai sokongan warga Korea Selatan terhadap dirinya sepanjang bergelar jurulatih Vietnam. Dan dia berharap hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara akan kekal erat selepas ini.

“Saya berharap pada masa akan datang, walaupun saya tak lagi bergelar jurulatih, hubungan Korea Selatan-Vietnam kekal erat dan boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, katanya.

Thailand dan Vietnam bakal bersemuka pada final kedua Piala AFF 2022 malam ini bagi menentukan siapa juara selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram