Perlawanan pertama pusingan akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 menyaksikan Thailand berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2 di Stadium My Dinh, Hanoi.
Seawal 14 minit pertama, skuad Gajah Perang hampir menjaringkan gol pertama menerusi penyerang berbisa, Adisak Kraisorn yang melakukan rembatan terus ke arah pintu gol. Namun, penjaga gol Vietnam lebih bersedia.
Vietnam berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-23 permainan menerusi nguyen apabila berjaya menanduk masuk bola dengan derasnya ke arah gawang gol.
Tiga minit sebelum tamat permainan, Theeraton Bunmathan hampir menghadiahkan gol pertama menerusi sepakan percuma luar kotak penalti. Namun, bola terkena tiang gol Vietnam.
Selang 3 minit permainan separuh masa kedua bermula, Thailand berjaya menyamakan kedudukan apabila penyerang muda, Poramet Avrijiya melakukan rembatan deras selepas berjaya menerima hantaran kemas daripada kapten Thailand.
Pada minit ke-63 permainan, Thailand menambah gol kedua menerusi perancang tengah, Sarach Yooyen selepas berjaya meyudahkan lorongan kemas daripada Theeraton Bunmathan.
Vietnam kembali bernyawa apabila sepakan deras luar kotak daripada pemain gantian, Vu Van Than berjaya menewaskan penjaga gol Thailand pada minit ke-88 permainan.
5 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 16 Januari ini jam 8:30 malam bagi penentu sebenar juara bagi edisi Piala AFF kali ini.