Pasukan ke-154 dunia dilaporkan bakal menjadi medan ujian buat Harimau Malaya.
Skuad kendalian Pau Marti mengharungi aksi cemerlang apabila menundukkan pasukan ke-187 dunia, Laos dengan keputusan 3-1 sebelum mengikat pasukan ke-125 dunia, India di Hyderabad.
Malaysia dijangka mempersiapkan pasukan dengan lebih rapi menjelang sepak mula ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024 apabila khabar memaklumkan bahawa skuad negara bakal berdepan satu aksi persahabatan.
Menerusi beberapa laporan seperti ASEAN Football, Yaman dijangka bakal menjadi lawan persiapan buat Harimau Malaya dalam masa terdekat.
“Bagi persediaan Piala ASEAN 2024, Malaysia merancang perlawanan persahabatan menentang Yaman.
“Yaman kini dalam kem latihan di Malaysia dan bersiap sedia untuk Piala Teluk Arab ke-26 akan datang,” ujar kenyataan tersebut.
Yaman kini dibimbing oleh pengendali kelahiran Algeria, Noureddine Ould Ali hanya mencatatkan satu kemenangan, dua seri dan dua kekalahan bagi 5 aksi terakhir.
Harimau Malaya diundi bersama Kemboja, Timor Leste, Thailand dan Singapura manakala Yaman bakal menentang Iraq, Arab Saudi dan Bahrain bagi saingan Gulf Cup 2024.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua badan induk pasukan berkenaan keputusan akhir sama ada perlawanan ini dilangsungkan atau tidak.