Pasukan ke-196 dunia bakal menjadi halangan kedua Malaysia Disember ini.
Skuad kendalian Pau Marti beraksi cemerlang selepas meraih tambahan +3.13 mata hasil dua aksi menentang Laos dan India.
Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal beraksi dalam Piala Mitshubishi Electric ASEAN dengan aksi sulung menentang Kemboja pada 8 Disember ini.
Malaysia memiliki rekod baik sejak diambil alih oleh pemgendali kelahiran Sepanyol ini apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya diundi bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan juga pasukan ke-196 dunia,Timor Leste sekaligus menjanjikan cabaran terhebat pada peringkat kumpulan.
Senarai 26 pemain menyaksikan sebahagian besar posisi pemain mengalami perubahan dengan kehadiran beberapa tonggak baharu.
Ketiadaan Syihan Hazmi membuka ruang buat pemain seperti Kalamullah Al-Hafiz, Haziq Nadzli dan juga Rahadiazli mendapat tempat dalam skuad utama Harimau Malaya.
Posisi pertahanan juga menyaksikan kehadiran 5 muka baharu yang bakal menggalas cabaran negara dalam misi meraih kejuaraan buat kali kedua selepas tahun 2010.
Thailand yang menghuni tangga ke-97 dunia merupakan pasukan terbaik dalam kumpulan Harimau Malaya bakal menjadi lawan ketiga skuad kebangsaan di gelanggang lawan.