Pasukan Ke-196 Dunia Sah Lawan Kedua Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pasukan ke-196 dunia, Timor Leste sah menjadi lawan kedua Harimau Malaya.

Kemenangan secara agregat ke atas Brunei DS menyaksikan pasukan itu melengkapkan 5 pasukan dalam kumpulan aksi Asean Mitshubishi Electric Cup 2024.

Ujian pertama Timor Leste adalah berdepan juara bertahan, Thailand di laman sendiri pada 8 Disember 2024 sebelum bakal berkunjung ke Bukit Jalil pada 11 Disember.

Skuad kendalian Pau Marti turun selaku semi finalis edisi lalu akan mengharungi aksi pertama menentang Kemboja disusuli Timor Leste sebelum ujian sebenar menentang Thailand di tempat lawan.

Aksi terakhir skuad kebangsaan adalah berdepan Singapura pada 20 Disember di laman sendiri untuk menempah tiket ke pentas separuh akhir.

Malaysia dan Timor Leste telah bertemu sebanyak 6 kali dengan dengan 5 daripadanya adalah kemenangan yang memihak pasukan kebangsaan.

Pertemuan terakhir adalah pada tahun 2019 dengan kemenangan memihak kepada Malaysia dengan keputusan 7-1.

Malaysia kini menghuni tangga ke-133 dunia selepas tewas dengan keputusan 4-0 di tangan New Zealand dalam satu aksi persahabatan di Auckland.