Advertisements
Pasukan Ke-36 Asia ‘Tunggu’ JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan ke-36 di Asia bakal menjadi lawan ketiga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Asia.

Skuad kendalian Hector Bidoglio masih mengekalkan rentak kemenangan apabila meraih satu mata berdepan wakil China, Shanghai Port.

JDT terus gah di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Shanghai Shenhua di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan melonjak ke tangga kelima kelab di Asia berdasarkan kemas kini oleh laman Opta Analyst.

JDT juga menjadi pasukan ke-3 di Asia Timur sekaligus mencatatkan kemajuan memberangsangkan bagi kempen ACLE musim ini.

Ujian ketiga menanti juara Piala FA Malaysia 2024 itu apabila bakal berdepan wakil Korea, Gwangju FC.

Pasukan bimbingan Lee Jun-hyo kini menghuni tangga teratas kumpulan selepas dua kemenangan di Asia sekaligus baka hadir dengan cabaran hebat buat JDT.

Gwangju menewaskan Yokohama FM dengan keputusan 7-3 sebelum menundukkan Kawasaki Frontale dengan jaringan tunggal oleh Jasir Asani.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Stadium Gwangju pada 22 Oktober 2024 jam 6 petang waktu tempatan.