Pasukan Ke-5147 Dunia Minat Lawan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan ke-5147 dunia berminat untuk berdepan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang beraksi musim ini apabila masih tidak tewas dalam mana-mana perlawanan.

Ad

Kali terakhir pemain Harimau Selatan beraksi adalah pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) di laman sendiri ketika menewaskan Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0.

Ad

Tempoh berehat panjang bagi kalendar antarabangsa dimanfaatkan oleh JDT untuk mengadakan aksi persahabatan menentang kelab Singapura, Balestier Khalsa.

Pasukan kendalian Peter de Roo tidak berada dalam momentum terbaik apabila tidak merekodkan sebarang kemenangan dalam tiga aksi terakhir.

Ad

JDT sebelum ini telah menewaskan pasukan kebangsaan Singapura dengan keputusan 3-0 dalam satu siri persahabatan bulan September lalu.

Ad

Bukan itu sahaja, JDT berjaya menumpaskan kelab Thailand, Port FC dengan jaringan 3-1 tatkala pernah menewaskan jaguh Singapura, Lion City dua kali (2-1) dan (4-0).

Ad

Aksi antara JDT vs Balestier Khalsa yang menghuni tangga ke-536 Asia (5147 dunia) dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.