Pau Marti: Apa Yang Dirancang Jadi Kenyataan
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Aksi sengit separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan Filipina.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti memuji kesungguhan yang dipamerkan oleh anak buahnya di Bukit Jalil.

Ad

Skuad kebangsaan berjuang hebat menentang pasukan ke-147 dunia itu namun jaringan Syamer Kutty dan Safawi Rasid sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan ke final.

Ad

Bekas pembantu jurulatih Barcelona B itu memuji karakter yang ditonjolkan oleh anak buahnya di atas padang untuk bangkit daripada ketinggalan.

“Aksi ini amat susah. Kita layak mendapat keputusan ini, tetapi saya fikir mereka pasukan baik, sangat fizikal dan berkualiti. Ia menyukarkan kami mendapatkan keputusan tetapi kita perlu mengambil keputusan positif daripada aksi ini.

Ad

Bukan itu sahaja, Harimau Malaya menganggap bahawa pemainnya tidak gugup namun mencari jalan terbaik untuk mendapatkan jaringan.

Ad

“Saya tidak setuju pemain gugup hari ini. Kita dibolosi awal dan ia membuatkan kami bangkit. Pemain cuba mencari jalan terbaik untuk menyerang menggunakan pendekatan berbeza,” ujar Pau Marti selepas perlawanan di SNBJ hari ini.

Ad

“Pasukan beraksi baik selepas menyamakan kedudukan dan mengawal permainan dengan baik selain berjaya melaksanakan apa yang dirancang semasa latihan,” tambahnya.

Malaysia bakal bertemu Lubnan pada aksi final, 8 September 2024 manakala aksi penentuan tempat ke-3 bakal menemukan Filipina dan juara bertahan, Tajikistan pada hari yang sama.

Kemenangan juga membolehkan skuad negara memintas kedudukan Indonesia untuk menghuni tangga ke-133 dunia.