Pestabola Merdeka: Pau Marti Tiada Masa Fikir Tekanan Lawan Filipina
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia meletakkan sasaran besar untuk menundukkan Filipina pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024.

Perkara ini dinyatakan secara jelas oleh Ketua Jurulatih, Pau Marti yang mahu melihat skuad negara mengaum di laman sendiri.

Ad
Advertisement

Beliau memaklumkan bahawa anak buahnya kini bersedia sepenuhnya untuk melakar kemenangan di Bukit Jalil berdepan pasukan ke-147 dunia.

Ad

Pau tidak mahu memikirkan tekanan yang diberikan terhadapnya namun mahu memastikan persiapan pasukan berjalan lancar.

Advertisement

“Saya tiada masa untuk memikirkan tentang tekanan kerana masa yang ada digunakan untuk mempersiapkan pasukan.

“Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada masa lalu jadi fokus kita pada masa hadapan.” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Ad
Advertisement

Beliau juga optimis untuk memastikan Harimau Malaya turun dengan identiti sendiri di hadapan penyokong di Bukit Jalil.

Ad

“Saya cuba menjalankan tugas saya dengan baik untuk memastikan pasukan beraksi sebaik mungkin. Bola sepak tidak mudah untuk melakar kemenangan tetapi saya cuba untuk memastikan aksi terbaik pemain.

Advertisement

Pemain negara juga berharap agar sokongan padu diberikan oleh penyokong untuk membakar semangat pemain di atas padang.

Malaysia berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas The Azkals ketika pertemuan di Stadium Nasional Singapura kira-kira dua tahun yang lalu.

Advertisement

Harimau Malaya akan bertemu Filipina pada 4 September 2024 jam 9 malam manakala Tajikistan melayan Lubnan pada hari sama jam 4 petang.