Ads
Syihan Hazmi Tidak Mahu Pandang Filipina Sebelah Mata
Harimau Malaya
Haziq/MakanBola

Tonggak utama Harimau Malaya, Syihan Hazmi tidak mahu pasukan negara memandang rendah keupayaan Filipina menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu.

Advertisements

Syihan antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu akibat kecederaan.

Advertisements

Menurut Syihan, beliau bersyukur dapat kembali bersama pasukan bagi menghadapi Pestabola Merdeka dan berjanji akan menjadikan kejohanan ini sebagai medan menjadi lebih baik.

Advertisements
Advertisements

”Alhamdulillah, dapat bersama skuad di kejohanan ini dan di sini kita akan tambah baik demi perlawanan di masa akan datang,” katanya ketika ditemui di sesi latihan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, kesemua pemain Filipina perlu diberi perhatian dan memberi amaran buat rakan sepasukan agar jangan memandang rendah lawan yang berada di ranking ke-147 dunia itu.

Advertisements

”Semua pemain (Filipina) adalah pemain tumpuan sebab mereka datang bukan dengan tangan kosong, mereka ada strategi mereka,” ujar pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini lagi.

”Yang penting jangan terlalu ambil mudah dengan keupayaan lawan, sentiasa bersedia dan kekalkan fokus,” komen pemain berusia 28 tahun itu.

”Kita harus kekal bersedia sebab kita pun tidak tahu Filipina ini (guna taktikal seperti apa) dan sentiasa ikut segala perancangan yang diatur oleh jurulatih.”

Harimau Malaya sedang sibuk melakukan persiapan untuk bertemu Filipina dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada 4 September ini di Bukit Jalil.

Advertisements

Sekiranya skuad negara mencatatkan kemenangan, anak-anak buah Pau Marti akan berdepan pemenang di antara Lubnan dan Tajikistan pada Ahad, 8 September hadapan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram