Ads
8 Pemain Kembali Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya
Azri/MakanBola

8 pemain baharu telah pun memperkuat Harimau Malaya bagi aksi Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Pengendali baharu Harimau Malaya, Pau Marti bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain yang mendapat tempat pada panggilan kali ini.

Advertisements

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan selepas peletakan jawatan Kim Pan Gon pada 16 Julai lalu.

Advertisements
Advertisements

Beliau telah mengekalkan seramai 18 daripada 26 pemain dari skuad bagi dua perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun 2024.

Pau Marti bagaimanapun membuat keputusan untuk memanggil 8 pemain baharu yang kembali disenaraikan iaitu penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Azam Azmi Murad, Darren Lok, Harith Haiqal Adam Afkar dan Syafiq Ahmad.

Advertisements

11 pemain telah diletakkan dalam senarsi bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai di atas termasuklah Jafri Firdaus, Stuart Wilkin (Sabah), Shahrul Saad, Hong Wan (JDT), Brendan Gan, Declan Lambert (KL City) dan Sikh Izhan (Penang).

Shahrul Nazeem (Selangor), Shahrul Nizam (Terengganu), Sergio Aguero (Sri Pahang) dan juga Danial Amier (Kuching City) turut berada dalam senarai baharu.

Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 menentang Filipina pada Rabu, 4 September 2024, jam 9.00 malam.

Satu lagi perlawanan Separuh Akhir menemukan Lubnan dan Tajikistan pada hari yang sama, jam 4.30 petang.

Advertisements

Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan bertemu di final pada Ahad, 8 September 2024, jam 9.00 malam manakala dua pasukan yang tewas pada separuh akhir akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Ketiga pada hari sama, jam 4.30 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram