“Pengurusan Selangor Tidak Berikan Saya Ruang Untuk Berbincang” – Brendan Gan
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan mengakui masih ingin bersama pasukan itu untuk musim 2024-2025.

Hal ini diluahkan beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya hari ini.

Brendan berharap selepas berjaya membantu Selangor bergelar naib juara Liga Super musim 2023, dapat kekal bersama pasukan itu.

Advertisements

Ini kerana slot naib juara Liga Super musim tersebut menawarkan peluang kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Malangnya, apa yang dihajatkan pemain tengah berusia 35 tahun itu tidak berlaku. Brendan merasakan dirinya tidak diberi ruang untuk berunding dengan pengurusan Merah Kuning untuk kekal selama semusim lagi.

“Pada akhir musim, saya berharap diberi peluang untuk membincangkan masa depan saya di Selangor dan meneruskan rentak kejayaan ke tahun 2024.

Advertisements

“Malangnya, pengurusan Selangor tidak menawarkan ruang kepada saya untuk berbincang atau berunding untuk kekal di kelab,” katanya.

Meskipun tidak lagi bersama Selangor, pemain tengah Harimau Malaya itu tetap mendoakan yang terbaik buat pasukan gergasi Lembah Klang itu.

“Satu penghormatan buat saya mengetuai pasukan dan kelab di dalam dan luar padang serta melakukannya dengan penuh tanggungjawab.

Advertisements

“Saya doakan Selangor lebih berjaya pada masa akan datang dan terus menunjukkan kemajuan ke arah matlamat mereka,” ujarnya.

Brendan ketika ini berstatus ejen bebas selepas dilepaskan pengurusan Merah Kuning. Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan seperti Sri Pahang FC dan KL City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram