Jurang ranking Malaysia dan Filipina menjelang sepak mula Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Pau Marti melakukan persiapan akhir sebelum melangkah ke kejohanan tersebut dengan misi untuk muncul juara di laman sendiri.
The Azkals pula baru sahaja kehilangan Ketua Jurulatih, Tom Saintfiet yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan seminggu sebelum menghadapi Malaysia.
Filipina mengumumkan Norman Fegidero sebagai pemangku jurulatih skuad senior negara itu menjelang Pestabola Merdeka 2024.
Berdasarkan kemas kini ranking FIFA, Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-134 dunia dengan 1107 mata sementara Filipina di tangga ke-147 dengan 1053 mata.
Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Filipina berlangsung pada 4 September 2024 dengan penentuan final atau tempat ke-3 pada 8 September.
Juara bertahan, Tajikistan atau Lubnan bakal menjadi lawan buat Harimau Malaya pada peringkat seterusnya.