Pau Marti Bawa 9 Pemain B-23 Malaysia Ke New Zealand
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

9 pemain Malaysia bawah 23 tahun mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Pau Marti untuk dibawa menghadapi cabaran New Zealand.

Skuad Harimau Malaya kini berada di Auckland, New Zealand untuk siri perlawanan persahabatan yang berlangsung pada jendela antarabangsa FIFA bagi bulan Oktober ini.

Ad

Pengendali skuad negara, Pau Marti menyenaraikan 27 nama pemain bagi membawa cabaran Harimau Malaya di Auckland dengan menyaksikan gabungan pemain berpengalaman dan muda.

Ad

Daripada senarai pemain tersebut, seramai 9 orang pemain muda bawah 23 tahun berjaya memikat hati barisan jurulatih untuk di bawa bersama diketuai tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Selain Arif Aiman, tiga pemain muda Selangor FC iaitu Nooa Laine, Harith Haiqal dan penjaga gol meningkat naik, Azim Al Amin turut dipanggil Pau Marti bagi memperkuat Harimau Malaya.

Ad

Duo pertahanan Terengganu, Azam Azmi dan Safwan Mazlan yang berusia 23 dan 22 tahun menambah pilihan di benteng pertahanan meski dengan kehadiran pemain senior seperti Dominic Tan dan Matt Davies.

Ad

Nama penyerang muda KL City, Haqimi Azim serta 2 pemain bawah 19 tahun negara yang menyinar di Tajikistan, Haykal Danish dan Haziq Aiman antara yang mencuri tumpuan pada senarai panggilan kali ini.

Ad

9 pemain bawah 23 tahun: Arif Aiman (JDT), Haziq Aiman (JDT II), Harith Haiqal, Nooa Laine, Azim Al Amin (Selangor), Haykal Danish (Selangor II), Azam Azmi, Safwan Mazlan (Terengganu), Haqimi Azim (KL City).

Skuad kebangsaan bakal turun berdepan Auckland FC pada Jumaat untuk aksi pemanas badan sebelum bertemu New Zealand dalam perlawanan persahabatan di North Harbour Stadium tiga hari kemudian.