Pau Marti: New Zealand Pasukan Terkuat Kami Hadapi
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui New Zealand merupakan pasukan terkuat yang dihadapi pasukan itu pada tahun 2024.

Skuad negara turun menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober lalu untuk aksi persahabatan antarabangsa pertama kedua-dua negara sejak 2006.

Ad
Sponsors

Meskipun berjaya mengekang All Whites pada separuh masa pertama, skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan anak buah Darren Bazeley itu. Elijah Just, Matthew Garbett, Chris Wood dan Logan Rogerson mencetak nama sebagai penjaring.

Ad

Pengendali Sepanyol itu melihat skuad negara berdepan kesukaran mengekang pasukan gergasi rantau Oceania itu. Ini kerana New Zealand bukan saja menduduki ranking ke-95 dunia.

Malah, All Whites turut diperkuat ramai pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Wood (Nottingham Forest), Liberato Cacace (Empoli) dan Marko Stamenic (Olympiakos).

Ad

Meskipun terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah, Pau Marti melihat aksi berkenaan memberi pengajaran berguna buat Harimau Malaya menjelang kalendar antarabangsa FIFA seterusnya.

Ad

“Ya, saya fikir semuanya positif. Idea untuk datang ke sini dan menghabiskan masa beberapa hari dan bermain bersama, mengadakan perlawanan minit biasa dan berdepan lawan sebegini.

Ad

“Ianya sukar untuk berdepan lawan sebegini tapi bagi kita, ia satu cabaran dan kita akan belajar daripadanya,” katanya.

Selepas New Zealand, Malaysia bakal mengalihkan fokus untuk aksi persahabatan seterusnya menentang India pada November ini.

Harimau Malaya juga dilaporkan bakal mencari satu lagi pasukan dari Asia Selatan pada bulan sama bagi memantapkan lagi usaha memburu mata ranking FIFA.