Pau Marti Sedih Dengan Pemergian Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui sedih melihat Kim Pan-gon meninggalkan pasukan itu.

Jurulatih Korea Selatan itu mencipta kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih Harimau Malaya pada 16 Julai lalu. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Ad

FAM bersetuju untuk memendekkan tempoh kontrak jurulatih berusia 55 tahun itu meskipun Pan-gon masih memiliki baki kontrak setahun.

Ad

Susulan itu, Pau Marti yang sebelum ini menggalas peranan penolong jurulatih dipilih sebagai pemangku jurulatih untuk menghadapi dua kejohanan iaitu Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Championship 2024.

Jurulatih Sepanyol berusia 41 tahun itu mengakui merasa sedih apabila Pan-gon mengumumkan keputusannya itu. Ini kerana jurulatih Korea Selatan itu bertanggungjawab membawanya menyertai staf kejurulatihan Harimau Malaya beberapa tahun lalu.

Ad

Pada masa sama, Pau Marti turut menghargai sokongan yang dinyatakan Pan-gon dalam memenuhi tanggungjawab barunya sebagai pemangku jurulatih Malaysia.

Ad

“Pertamanya saya sangat menghargai Coach Kim (Pan-gon) kerana beliau individu yang membawa saya ke Malaysia. Beliau hubungi saya, cuba meyakinkan saya untuk meninggalkan negara dan kelab saya untuk menyertainya mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia, hampir tiga tahun yang lalu.

Ad

“Memang agak sedih apabila beliau telah meninggalkan pasukan. Beliau individu yang memberikan saya sokongan penuh untuk menggalas tanggungjawab baharu yang perlu saya pikul ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Pan-gon berharap kisah Vietnam dapat dijadikan pengajaran bagi membantu Pau Marti cemerlang bersama Harimau Malaya.