Kim Pan-gon Tak Mahu Malaysia Jadi Seperti Vietnam
MakanBola
Aima / MakanBola
Sponsors

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon tidak mahu Malaysia menjadi seperti Vietnam

Beliau berkongsikan perkara itu dalam satu sesi sidang media eksklusif bersama Astro Arena baru-baru ini.

Ad

Baru-baru ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu membuat keputusan mengejutkan apabila meletak jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya selepas dua tahun 6 bulan.

Ad

Faktor peribadi dikatakan menjadi punca bekas pengendali Hong Kong ini melepaskan jawatannya tatkala dua ujian berat menanti skuad negara.

Kim Pan-gon memaklumkan bahawa beliau tidak mahu tekanan yang terlalu besar diberikan kepada penggantinya, Pau Marti Vicente.

Ad

Beliau tahu tekanan itu perkara biasa dalam bola sepak namun tidak mahu perkara luar mengganggu tugas yang bakal digalas oleh pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Ad

“Apa yang telah kita lakukan ini amat baik. Perkara ini terjadi di Vietnam. Apabila jurulatih (Park Hang-seo) meraih kejayaan yang besar, penggantinya (Phillipe Troussier) menghadapi tekanan.

Ad

“Penggantinya pula teruk, seterusnya juga sama. Situasi itu sangat tertekan. Tekanan itu tidak seharusnya kita berikan kepada Pau Marti.,” jelas Pan-gon ketika ditemu bual Astro Arena.

“Kita perlu berikan masa kepada Pau Marti agar beliau boleh memberikan yang terbaik. Sesetengah tekanan boleh diberikan kepadanya namun jika keterlaluan akan membunuhnya,” ujarnya.

Beliau kini dikaitkan dengan kepulangan ke Korea Selatan dengan juara K-League, Ulsan Hyundai menjadi destinasi terbarunya namun masih belum diumumkan kata putus.