Advertising
AFC Pahat Nama Baik Kim Pan-gon Bersama Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah memahat nama baik Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu secara rasminya tidak lagi bersama Harimau Malaya apabila melepaskan jawatan selepas dua tahun 6 bulan.

Beliau meninggalkan legasi hebat setelah membantu skuad negara melonjak hingga menghampiri kelompok 120 dunia.

Ad

AFC telah meninggalkan pesanan akhir berkenaan pemergian jurulatih berusia 55 tahun itu setelah tamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

“Apabila Jurulatih Kim Pan-gon berundur, kami meraikan sumbangannya kepada legasi bola sepak Malaysia.

“Terima kasih atas kenangan,” ujar AFC mewakili rakyat Malaysia.

Ad
Ad

Sebagai rekod, Kim Pan-gon mencatatkan 20 kemenangan, 10 kekalahan dan 5 seri dalam semua perlawanan manakala rekod aksi AFC menyaksikan skuad negara menang 5, tewas 5 dan dua seri.

Ad

Kemenangan terbesar Malaysia di bawah kendalian bekas pengendali Hong Kong itu adalah ketika menentang Papua New Guinea iaitu 10-0 di Terengganu.

Kelalahan terburuk pula berlaku di Piala Asia 2023 apabila tunduk kepada finalis, Jordan dengan keputusan 4-0 pada peringkat kumpulan.