Penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue berharap persiapan pasukan itu lebih mantap menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.
Ini kerana kapten KL City FC itu tidak mahu Harimau Malaya kecewa lagi seperti yang dialami dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada Mac 2024.
Aksi menentang Oman pada 21 dan 26 Mac 2024 berlangsung tatkala saingan Liga Malaysia (Liga M) masih lagi berehat. Ini kerana saingan Liga M hanya bermula pada Mei 2024.
Situasi ini sedikit sebanyak mempengaruhi persiapan skuad negara menentang pasukan Asia Barat itu. Hal ini menyebabkan Harimau Malaya tewas dalam kedua-dua aksi berkenaan.
Atas sebab itu, tonggak The City Boys itu berharap struktur pengurusan baharu Harimau Malaya dapat membantu pasukan itu kembali bangkit untuk tahun 2025.
Ini kerana Malaysia berada dalam Kumpulan F bersama Nepal, Laos dan finalis ASEAN Championship 2024, Vietnam.
“Kita ada satu lagi perlawanan (menentang Vietnam) pada Jun, pada ketika itu saingan Liga Malaysia sedang berehat. Jadi, kita mesti mengatur persiapan mantap kerana itu aksi paling sukar kita lebih-lebih lagi dengan liga berehat,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
“Mereka mesti tahu dan bersedia tentang hal itu kerana kita menentang Oman juga semasa liga berehat. Dan seperti semua orang lihat, kita kalah dua perlawanan penting dengan Oman.”
Josue turut menyifatkan Pahlawan Bintang Emas sebagai satu pasukan kuat lebih-lebih lagi selepas berjaya mara ke final ASEAN Championship 2024.
“Jadi, amat penting bagi pemain-pemain (Harimau Malaya) bersiap sedia untuk perlawanan (menentang Vietnam) itu,” tambahnya.
“Mereka kini beraksi di final ASEAN Championship ketika ini. Jadi, sudah tentu mereka satu pasukan yang kuat.”
Harimau Malaya dijangka menerima suntikan semangat menerusi revolusi baharu struktur pengurusan pasukan berkenaan.
Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Peter Cklamovski, Nafuzi Zain, Rob Friend dan Dr. Craig Duncan dalam struktur baharu pengurusan pasukan itu.
Cklamovski bakal membimbing skuad negara menghadapi Nepal untuk aksi pertama kelayakan pada 25 Mac ini.
“