PDRM Berpotensi Miliki Dua ‘Enjin’ Tengah Dari Jordan
MakanBola
PDRM FC

PDRM FC berpotensi memiliki dua jeneral tengah yang berasal dari Jordan.

Selepas mengekalkan khidmat Fadi Awad untuk musim 2025/26, The Cops dilaporkan mahu membawa masuk pemain perancang, Ahmed Israiwah.

Khabar angin perpindahan itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. PDRM dikatakan semakin hampir memuktamadkan perpindahan Ahmed.

“PDRM FC kini dalam fasa akhir melengkapkan perpindahan pemain perancanga kelahiran Jordan, Ahmad Israiwah. Pemain berusia 31 tahun itu pernah dikaitkan dengan pasukan Kedah pada musim 2022,” katanya di X.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Ahmed bakal menjadi pemain Jordan terbaru yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

Selain Fadi, dua lagi rakan senegara iaitu Noor Al-Rawabdeh dan Mohammad Abualnadi beraksi untuk Selangor FC. Selangor juga pernah merekrut Ali Olwan, Baha Abdelrahman dan Yazan Al-Arab.

Meskipun begitu, PDRM dijangka berdepan tugas sukar mengekalkan pemain pertahanan Myanmar, Kyaw Min Oo.

Ini kerana tiga lagi pasukan iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Negeri Sembilan FC dan Penang FC berminat mendapatkan orang besi The Cops itu.