Pasukan Liga Super, PDRM FC mempamerkan persembahan bertenaga untuk menundukkan cabaran kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh.
Aksi yang berlangsung di Stadium Harapan Bangsa, Aceh itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam aksi ini.
Bekas bintang Selangor FC, Andik Vermansyah sekali lagi diberikan lilitan kapten untuk mengetuai pasukan berdepan The Kops.
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun tiada jaringan awal berjaya dihasilkan pada awal permainan.
Aksi bertenaga Persiraja membuahkan hasil apabila mereka meledak gol pembukaan menerusi tandukan Arata Takatori.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, anak buah Yunus Alif cuba bermain dengan lebih agresif ketika melakukan serangan.
PDRM yang cuba bangkit bagaimanapun tidak berkesempatan memperoleh jaringan untuk menyamakan kedudukan.
Persiraja sekali lagi menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua permainan untuk mengukuhkan kedudukan menerusi Reza Rizki pada minit ke-60.
Tuan rumah menjaringkan gol ketiga dan keempat menerusi Ricardo Pires pada akhir babak kedua untuk menutup peluang PDRM bangkit.
Tambahan masa 4 minit tidak mengubah keputusan perlawanan dan PDRM yang dibarisi skuad muda tewas 4-0 pada perlawanan ini.
Sebelum ini, sebuah lagi pasukan Malaysia, Selangor FC melakar kemenangan selesa ke atas Persiraja Banda Aceh dalam satu aksi akhir bulan lalu.