PDRM Tak Risau Hilang Import, Kualiti Tonggak Tempatan Jadi Taruhan
Liga Super
MakanBola
PDRM FC
Advertisements

Pengendali PDRM FC, P. Maniam melihat pasukan itu mampu tampil cemerlang meskipun tempang tanpa beberapa tonggak import.

Kemenangan dramatik 3-2 PDRM ke atas Perak FC pada minggu lepas terpaksa dibayar dengan harga mahal.

Advertisements

Ini selepas dua tonggak import The Cops, Chidi Osuchukwu dan Prince Aggreh terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan.

Meskipun mengakui pasukannya sedikit tempang tanpa khidmat Chidi dan Aggreh, Maniam melihat ini peluang buat pemain lain terutama pemain tempatan untuk menyerlah.

Advertisements

Ini kerana pemain-pemain yang sedia ada mampu menggalas tanggungjawab sekiranya dipilih beraksi dalam kesebelasan utama menentang Penang.

“Saya takkan beritahu bahawa kita terganggu dengan (ketiadaan) pemain-pemain import kita. Sebab kita ada pemain-pemain tempatan.

Advertisements

“Sebab kalau kita beri peluang kepada pemain-pemain tempatan, saya rasa mereka akan buktikan bahawa mereka juga mempunyai kualiti. Saya harap kita tidak mempunyai kekurangan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk temubual pra-perlawanan semalam.

Tanpa kelibat Chidi dan Aggreh, PDRM dijangka bergantung kepada khidmat Ifedayo Olusegun, Fadi Awad, Bruno Suzuki, Kyaw Min Oo, Faith Obilor dan Aremu Timothy sebagai tenaga import.

Advertisements

The Cops bakal turun menentang pasukan utara tanah air, Penang FC dalam aksi liga seterusnya di Stadium Selayang pada malam ini.

News Comments Account