PDRM Umum Kolaborasi Bersama Stoned & Co
MakanBola
PDRM FC
Sponsors

PDRM FC menjadi kelab terbaru Liga Super menjalin kerjasama dengan jenama pakaian terkemuka tempatan.

Ini selepas pengurusan The Cops mengumumkan kolaborasi bersama jenama Stoned & Co di platform media sosial rasmi pasukan itu.

Ad
Sponsors

“Kami sukacitanya ingin mengumumkan kerjasama dengan salah satu daripada jenama terkemuka pakaian tempatan, Stoned & Co,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Kolaborasi ini mula mendapat perhatian apabila PDRM memuat naik gambar pemain-pemain pasukan itu memperagakan pakaian jenama Stoned & Co.

Antara pemain yang kelihatan segak memakai pakaian jenama tersebut ialah Hadi Fayyadh, Bruno Suzuki, Fadi Awad dan Faith Obilor.

Ad

PDRM mengikut jejak Selangor FC, KL City FC, Sabah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Liga A1 Semi-Pro, Bunga Raya Damansara FC (BRD FC) dalam menjalin kerjasama dengan jenama pakaian tempatan.

Ad