Pelabur TRW Kelantan FC difahamkan sudah mula hilang sabar dengan Norizam Tukiman dan mahu menyelamatkan kelab.
Beberapa sumber dalaman memaklumkan mengenai perkara ini selepas sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dengan situasi semasa yang terjadi kepada kelab.
Mereka juga menolak Zamsaham selain difahamkan menubuhkan Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK) untuk mengembalikan TRW Kelantan FC ke landasan sebenar.
Menerusi beberapa laporan, gerakan untuk menyelamatkan Kelantan FC ini diketuai oleh Tuan Nik Hafiz, Pemilik Bersama dan Pengarah TRW Kelantan FC.
GSK juga dikatakan telah menghubungi Zamsaham dan beberapa kali bersemuka dengan Zamsaham tetapi semuanya menemui jalan buntu.
Sebelum ini, Zamsaham juga pernah memaklumkan bahawa beliau meletakkan tanda harga RM 3 juta kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membeli kelab tersebut.
Pelabur TRW Kelantan FC juga mahu Zamsaham melepaskan kelab tersebut kerana sudah gagal selain pelaburan mereka juga kini sudah hangus.
Pihak berkepentingan ini juga sanggup untuk menanggung sendiri segala hutang dan semua kos untuk membangunkan semula Kelantan FC.
Pada musim 2024/25, TRW Kelantan FC berhasrat untuk menyertai saingan Liga A1 Semi Pro namun gagak mendaftarkan minimum 21 orang pemain untuk bersaing.