Ads
Liga Super
TRW Kelantan FC

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengakui bahawa beliau gagal menjadi pemilik yang bagus buat pasukan tersebut.

Advertisements

Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat tunggakan gaji terhadap para pemain, pegawai serta staf kejurulatihan pasukan dan tunggakan tersebut adalah selama tiga bulan.

Advertisements

“Berkenaan The Red Warrior (TRW) gagal, ya saya akui saya gagal menjadi pemilik dan terdapat tunggakkan gaji 3 bulan.”

Advertisements
Advertisements

Dalam pada itu, Norizam juga mendakwa ada pihak yang kurang senang sejak beliau mengambil alih pasukan. Tambah Zamsaham, dalam bola sepak ini ada pengacau dan juga politik yang memberi kesan kepada pasukan.

“Tetapi dari awal musim 2023 ada “pengacau” yg tidak mahu TRW lebih maju di tangan saya termasuk sekatan tertentu yang tidak boleh saya nyatakan secara umum. Terdapat politik juga di dunia bola sepak,” jelas Zamsaham dalam satu kenyataan.

Advertisements
zamsaham scamnoone Zamsaham: Saya Akui Gagal Tapi Ada 'Pengacau' Di TRW Kelantan FC

Sebelum ini, Zamsaham optimis untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dan beliau telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000.

Advertisements

Baru-baru ini juga, penyokong dan bekas pemain Kelantan turut merayu kepada Norizam untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC susulan kegagalan pasukan itu menyertai saingan Liga A1 Semi Pro. Namun sehingga hari ini, belum ada kenyataan berkaitan pelepasan kelab tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram