Zamsaham: RM1000 Pun Besar Bagi Yang Memerlukan
Liga M3
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham menganggap bahawa nilai RM1000 amat besar kepada yang memerlukan.

Baru-baru ini, tular satu kenyataan yang dikeluarkan olehnya tentang tunggakan gaji selama tiga bulan terhadap para pemain TRW Kelantan FC.

Beliau optimis untuk menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut dengan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1000 susulan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Advertisements

“Berkenaan tunggakan gaji 3 bulan, tetapi Alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1000 sebagai pendahuluan.”

“Ini usaha untuk menyelesaikan tunggakan 3 bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” ujarnya dalam satu kenyataan dalam talian.

Beliau hari ini membuat satu lagi kenyataan berhubung pembayaran tersebut sambil optimis pembayaran dibuat adalah mengikut kemampuan semasa oleh pasukan.

Advertisements

“Berkenaan RM20,000 pembayaran yang saya berikan kepada para pemain Kelantan FC, Alhamdulillah dengan jumlah tersebut kita berikan kepada pengurusan dan pemain semua. Kita berikan RM1000.”

“Awal pagi hari raya lagi saya dah maklumkan kepada pemain, cumanya saya terkejut apabila ada yang komen untuk memboikot ramai-ramai dan tidak terima RM1000 yang saya berikan.”

Zamsaham memberitahu bahawa keadaan kewangan semasa memaksa beliau hanya mampu mendahulukan jumlah tersebut sebagai pendahuluan.

Advertisements

“Maksudnya jom boikot ramai-ramai, tak payah ambil pun duit itu. Saya terkejut, kalau individu tersebut duit banyak mungkin awak tak payahlah ambil (RM1000).”

“Akan tetapi, bagi yang memerlukan, RM1000 pun besar sebenarnya. Macam sayalah, saya dapat dahulukan RM20,000 pun sebenarnya besar bagi saya. Sebab itulah kemampuan yang saya ada untuk memberikan RM20,000 dahulu,” ujar Zamsaham dalam satu kenyataan di Tiktoknya.

“Tapi sayangnya, ada yang nak penuh gaji tiga bulan. Saya faham kalian nak gaji penuh, tetapi saya berikan dahulu RM1000 sebagai pendahuluan, menunjukkan saya ada komitmen dan tidak lari untuk bayar baki gaji.”

Advertisements

Beliau juga berharap agar yang sudah menerima gaji akan dipermudahkan dan akan menyelesaikan bayaran secara berperingkat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram