Ads
Penyokong Rayu Pemilik Lepaskan Kelab
Liga A1
TRW Kelantan FC

Penyokong dan bekas pemain merayu kepada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham untuk melepaskan kelab TRW Kelantan FC kepada pihak yang lebih berkemampuan.

Advertisements

Zamsaham membeli TRW pada tahun 2020 dengan harga RM6.8 juta. Beliau juga telah melangsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih ketika itu bejumlah hampir RM3.8 juta.

Advertisements

Zamsaham disambut seperti seorang hero ketika itu apabila menyelamatkan TRW Kelantan daripada muflis.

Advertisements
Advertisements

Kini, semua hanya tinggal kenangan apabila peminat dan bekas pemain merayu untuk Zamsaham melepaskan TRW kepada pihak yang lebih berkemampuan.

Situasi bertambah buruk apabila baru-baru ini TRW telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi Pro.

Advertisements

Bagai mencurahkan minyak ke dalam api apabila bekas kapten TRW, Badri Radzi atau dikenali sebagai Piya sendiri mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau.

“Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekas pemain memang kecewa apabila jadi sampai tahap ini, macam tertutup terus. Kesian pemain yang ada kualiti dan pasukan Kelantan yang sebelum ini digeruni sudah hilang.

“Nak pegang pasukan kena fikir panjang, jangan ambil mudah. Urus pasukan bola sepak ini bukan untung, mesti ada rugi. Kecuali buat dengan cara yang bagus, pasukan akan naik.

“Saya yakin seluruh rakyat Kelantan nak tengok TRW naik semula dan mana-mana pihak atau individu yang sayangkan bola sepak Kelantan, tolonglah ambil balik.

“Kita merayu dan minta jasa baik Norizam, kalau sudah tak boleh atau tak mampu, lepas kepada orang lain. Saya berasa ada orang yang nak ambil alih, cuma nak dia (Norizam) betul-betul lepaskan pasukan,” ujarnya.

Piya merupakan bekas pemain kebangsaan dan mengebudi TRW merangkul kejuaraan Liga Super pada 2011 dan 2012, FA Cup pada 2011, 2012, 2013 dan 2015.

Advertisements

Piya bermain sebagai pemain tengah dan dia dianggap sebagai salah satu eksponen terhebat dalam posisi tengah ketika itu kerana kawalan bola, kreativiti dan keupayaan hantaran, beliau juga dipanggil sebagai pakar sepakan percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram