Peluang Kelab Asia Sambar Papu Gómez Kembali Terbuka
Asia
Football Talk
Advertisements

Hasrat kelab Asia untuk membawa masuk pemain berkelas dunia dari Eropah kembali terbuka apabila pemenang Piala Dunia 2022, Papu Gómez bakal meninggalkan Sevilla.

Pemain berusia 35 tahun itu menyertai kelab gergasi La Liga itu dari Atalanta dua musim lalu.

Beliau yang memainkan peranan utama sepanjang berada di sana untuk membantu pasukan mencabar kedudukan ke Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements

Bintang Argentina ini bagaimanapun mula dikaitkan perpindahan keluar dari Sevilla sebelum jnedela perpindahan ditutup.

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan terkemuka Eropah, Fabrizio Romano, Papu kini dalam perbincangan bersama Sevilla untuk menamatkan kontrak bersama pasukan.

Beberapa laporan memberitahu bahawa faktor gaji menjadi antara punca Sevilla mahu melepaskan tonggak berpengalaman itu.

Advertisements

Beliau bagaimanapun masih belum memberi jawapan mengenai masa depannya sungguhpun permah dikaitkan dengan beberapa kelab Asia seperti di Qatar dan Saudi.

Tahun lalu, pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah memberi bayangan ada usaha untuk membawa masuk pemain ini ke JDT.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter, baginda memberi respon terhadap satu ciapan yang memperingati jasa bekas pemain import JDT, Juan Martin Lucero yang sedang bergambar bersama jersi pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

Menerusi data yang dikemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai Papu Gomez ketika ini telah menurun kepada RM13 Juta berbanding RM27 Juta tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram