Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemain pasukan kebangsaan Argentina, Papu Gomez memberi bayangan bahawa beliau bakal memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perancang tengah berpengalaman berusia 34 tahun itu kini sedang menjadi watak utama buat pasukan yang berpangkalan di La Liga, Sevilla dan beraksi dengan cukup cemerlang buat negaranya.

Walau bagaimanapun, pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah memberi bayangan ada usaha untuk membawa masuk pemain ini ke JDT.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter, baginda memberi respon terhadap satu ciapan yang memperingati jasa bekas pemain import JDT, Juan Martin Lucero yang sedang bergambar bersama jersi pasukan Harimau Selatan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan membawa pulang pemain ini, TMJ tidak menolak kemungkinan malah memberi ‘hint’ untuk membawa Gomez ke Malaysia.

Advertisements

“Kamu tidak akan pernah tahu.”

“Mungkin Papu Gomez dari Sevilla.”

Advertisements

Baginda juga sudah mempunya perancangan untuk membawa masuk nama-nama seperti ini bagi memantapkan lagi pasukan.

Menerusi satu hantaran terbaru di lama Instagram, bagind memuat naik dua keping gambar ketika bergambar bersama bintang dunia ini.

Advertisements

TMJ dilihat bertukar jersi bersama beliau dengan menerima satu jersi pasukan kebangsaan Argentina disusuli oleh satu jersi polo Johor kepada Gomez.

Hal ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi untuk membawa rakan senegara Lionel Messi ini disebabkan JDT juga sudah dikenali gemar menggunakan import dari Amerika Latin.

Pemain yang dianggar bernilai sekitar RM 27 Juta ini pasti menjadi tunjang terbaik buat JDT dalam usaha bersaing di pentas ACL tahun berikutnya.

Gomez TMJ 14 Cap Antarabangsa Argentina, TMJ Bagi Bayangan Papu Gómez Bakal Sertai JDT
Hrhcrownprinceofjohor
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram