Peluang Malaysia Pintas Indonesia Terbuka Luas
MakanBola
FAM / AFC
Sponsors

Peluang Malaysia untuk memintas kedudukan Indonesia kini terbuka luas.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente bakal menempuh ujian pertamanya selepas pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.

Ad
Sponsors

Bekas pembantu jurulatih Barcelona B itu bakal membawa cabaran negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Peluang ini sudah pasti mahu dimanfaatkan sebaik mungkin terutamanya bagi memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Malaysia ketika ini berada pada kedudukan ke-134 (1107 mata) dunia dan hanya dipisahkan satu tangga dengan musuh tradisi, Indonesia (1108 mata).

Ad

Harimau Malaya bakal beraksi dalam kempen Pestabola Merdeka 2024 sementara Indonesia diuji hebat di pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad

Anak didik Shin Tae-yong bakal bertemu dengan Arab Saudi pada aksi pembukaan sebelum berdepan ujian dari Australia dan juga Bahrain masing-masing pada 10 September dan Oktober.

Ad

Malaysia pula berpotensi untuk berdepan juara bertahan, Tajikistan, Lubnan atau Filipina dengan undian dijadualkan pada 6 Ogos 2024.

Indonesia ketika ini menghuni tangga ketiga pasukan terbaik selepas Thailand (101) dan Vietnam (115) diikuti oleh Malaysia (134).