Bintang baharu Selangor FC, Marlon Oliveira membantu Brazil muncul juara Copa America de Futsal 2026.
Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan musuh tradisi, Argentina 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di COP Arena – Estadio Óscar Harrison, Luque, Paraguay.
Kejayaan ini memastikan Brazil mempertahankan gelaran juara buat dua edisi berturut-turut sejak edisi 2024 di Paraguay.
Ini trofi kedua yang diraih pemain berusia 38 tahun itu selepas meraih trofi Piala Dunia Futsal 2024 di Uzbekistan.
Kejayaan ini dijangka membakar semangat Marlon selepas ini. Ini kerana bekas pemain Inter Futbol Sala itu bakal menyertai Selangor selepas tamat kejohanan.
Selain Marlon, Selangor turut merekrut kapten skuad futsal Malaysia B-19, Faaris Amsyar Marhaidi.