Pemain Berbisa Brazil, Murilo Saad Sertai Pahang Rangers
UltraSukan
ACBF
Advertisements

Selepas kehilangan khidmat bintang import dari Brazil, Sergio Jamur, cabaran Pahang Rangers dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 kembali diperkuat seorang lagi pemain import.

Juara MPFL 2023 itu berjaya mendapatkan khidmat rakan senegara Jamur, Murilo Carlos Saad.

Pengumuman perpindahan beliau dibuat hari ini di laman media sosial Pahang Rangers.

Advertisements

Sebelum ini, kelab berkenaan membuatkan penyokong berteka-teki tentang identiti pemain import misteri yang akan memperkuatkan pasukan itu sejak beberapa hari lepas.

Murilo hadir dengan reputasi tinggi sebagai antara pivot terbaik dari Brazil. Sebelum menyertai Pahang Rangers, beliau membantu kelab lamanya Carlos Barbosa Futsal (ACBF) menjuarai Sicredi Gaucha de Futsal 2023.

Selain membantu kelabnya bergelar juara, Murilo turut dipilih sebagai pivot terbaik kejohanan. Selain ACBF, beliau juga pernah beraksi dengan satu lagi kelab gergasi Brazil, Corinthians.

Advertisements

Semasa bersama Corinthians, Murilo membantu mereka menggondol gelaran juara Liga Nacional de Futsal (LNF) 2019 dan Futsal Supercopa 2020.

Kini, selepas 137 penampilan dan 47 gol bersama dua kelab itu, pemain berusia 34 tahun itu bakal mewarnai saingan MPFL bersama Pahang Rangers.

Pahang Rangers dilaporkan sudah mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persiapan untuk MPFL musim 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram